Admission  @Universiti Sains Malaysia

SARJANA MUDA PENGURUSAN (KEPUJIAN)

INFO PROGRAM

LATAR BELAKANG

Rancangan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) telah mula ditawarkan melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh pada tahun 1997. Sehingga sidang akademik 2004/05, rancangan ini tidak menawarkan sebarang pengkhususan utama tetapi merupakan pengajian pengurusan am yang merangkumi kursus-kursus dalam bidang Kewangan, Perakaunan, Pemasaran, Pengeluaran dan Operasi, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi. Pada sidang akademik 2005/06 bidang pengkhususan diperkenalkan, bermula dengan bidang Kewangan dan Organisasi. Pengkhususan Pemasaran diperkenalkan mulai sidang akademik 2006/2007.

STRUKTUR RANCANGAN

Pelajar akan mengambil kursus teras pada tahun pertama dan kedua, diikuti dengan kursus major dan elektif pada tahun ketiga, keempat dan kelima. Bagi meluaskan skop pendedahan pelajar kepada bidang lain, pelajar rancangan ini juga perlu mengambil sekumpulan kursus mewakili satu bungkusan bidang minor yang dipilih daripada salah satu pakej berikut sahaja: Ekonomi, Sains Politik, Antropologi/Sosiologi atau Matematik.

Rancangan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan merupakan pengajian pengurusan yang merangkumi kursus-kursus dalam bidang kewangan, perakaunan, pemasaran, pengurusan operasi, pengurusan sumber manusia dan pengurusan organisasi. Pelajar akan berpeluang membuat pengkhususan dalam bidang Kewangan, Organisasi atau Pemasaran pada tahun ketiga. Bidang minor yang boleh diikuti ialah Sains Politik, Antropologi-Sosiologi, Ekonomi atau Matematik.

Pelajar yang mengikuti Rancangan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) wajib mengumpul minimum 136 unit untuk berijazah. Jenis kursus dan jumlah unit yang perlu dikumpul oleh pelajar ialah seperti berikut:

Teras & Major (T) 79
Elektif (E) 16
Minor (M) 20
Kursus Universiti (U) 21
JUMLAH 136

PROSPEK KERJAYA
  • PENGURUS
  • EKSEKUTIF
  • PERUNDING
  • USAHAWAN
  • PENYELIDIK
  • PENDIDIK
HUBUNGI KAMI

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.

https://pppjj.usm.my/index.php/ms/

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved.
Developed by PPKT@USM