Admission  @Universiti Sains Malaysia

SARJANA MUDA SAINS KEMASYARAKATAN (KEPUJIAN)

INFO PROGRAM

LATAR BELAKANG

Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) mula ditawarkan oleh PPPJJ pada tahun 1971. Matlamatnya untuk memberi pendidikan Sains Kemasyarakatan yang integratif dengan tujuan melengkapkan graduan-graduannya dengan kebolehan kreatif dan kritis dalam menganalisis masalah ekonomi, sosial dan politik dengan pendekatan yang merangkumi bidang-bidang sains sosial secara bersepadu.

Pembentukan kurikulum Pengajian Sains Kemasyarakatan ini berarahkan matlamat:

(a) Penggunaan teori-teori, kaedah dan teknik-teknik sains sosial untuk menyelidik dan memahami masalah sosial semasa dengan menekankan unsur-unsur gunaan, antara disiplin dan berorientasikan masalah.

(b) Penggalakan perkembangan profesion-profesion yang berasaskan sains sosial yang mampu menilai dan mendalami berbagai-bagai masalah sosial yang kompleks dan berupaya menerokai perubahan dan pembangunan masyarakat dengan berkesan.

(c) Pembentukan pendekatan sains sosial yang menekankan pandangan bandingan yang merangkumi pengalaman Malaysia dan Asia Tenggara dan negara-negara membangun lain di dunia.

Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Ekonomi, Sains Politik atau Antropologi-Sosiologi. Pengkhususan kecil (minor) yang boleh diikuti dalam bidang Ekonomi, Sains Politik, AntropologiSosiologi, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Biologi, Fizik, Matematik, Kimia atau Pengurusan.

Di bawah Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) tiga bidang berikut ditawarkan sebagai bidang TERAS:

  • ANTROPOLOGI/SOSIOLOGI
  • EKONOMI
  • SAINS POLITIK

STRUKTUR RANCANGAN

Pelajar yang mengikuti Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) wajib mengumpul 124 unit untuk berijazah. Jenis kursus dan jumlah unit yang perlu dikumpul oleh pelajar adalah seperti berikut:

Teras Asas (T) 19 } 73
Teras Bidang (T) 54 }
Elektif (E) 12
Minor (M) 20
Kursus Universiti (U) 19
JUMLAH 124

PROSPEK KERJAYA
  • PENTADBIRAN DALAM BIDANG AWAM & PERNIAGAAN
  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  • USAHAWAN
  • PEGAWAI PENYELIDIK
  • PENSYARAH PEGAWAI DALAM BIDANG TADBIR DAN DIPLOMATIK
  • KONSULTAN
HUBUNGI KAMI

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.

https://pppjj.usm.my/index.php/ms/

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved.
Developed by PPKT@USM