Admission  @Universiti Sains Malaysia

SARJANA MUDA SASTERA (KEPUJIAN)

INFO PROGRAM

LATAR BELAKANG

Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) mula ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh pada tahun 1971. Rancangan ini secara khusus menumpukan pengajiannya kepada hal ehwal kemanusiaan mencakupi bidangbidang peradaban,

kebudayaan, pemikiran dan daya cipta. Berdasarkan konsep ini, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yakin bahawa Rancangan Ijazah ini membolehkan pelajar mengenali masyarakat dan manusia sejagat.

Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Sejarah, Kesusasteraan atau Geografi. Pengkhususan kecil (minor) yang boleh diikuti dalam bidang Ekonomi, Sains Politik, Antropologi-Sosiologi, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Biologi, Fizik, Matematik, Kimia atau Pengurusan.

Sebahagian daripada falsafah bidang Pengajian Sastera meliputi kaedah-kaedah mengenal, menganalisis dan menyelesaikan masalah manusia dan kemanusiaan secara menyeluruh. Falsafah ini juga berteraskan masyarakat Malaysia sendiri yang meliputi kebudayaan, sejarah, alam sekitar dan perhubungan. Asas ini diberikan penekanan yang khusus demi kepentingan sumbangan yang membina ke arah pembangunan dan perkembangan peribadi masyarakat Malaysia.

Bidang teras (major) yang ditawarkan bawah Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) ialah:

  • GEOGRAFI
  • KESUSASTERAAN
  • SEJARAH

STRUKTUR RANCANGAN

Pelajar yang mengikuti Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) perlu mengumpul 124 unit untuk keperluan pengijazahan. Jenis kursus dan jumlah unit yang perlu diambil adalah seperti berikut:-

Teras Asas (T) 12 } 73
Teras Bidang (T) 61 }
Elektif (E) 12
Minor (M) 20
Kursus Universiti (U) 19
JUMLAH 124

PROSPEK KERJAYA
  • GURU
  • PENSYARAH
  • PEGAWAI DALAM BIDANG TADBIR DAN DIPLOMATIK
  • PERANCANG
  • PEKERJA SOSIAL
  • SASTERAWAN
  • PENULIS
  • PENYUNTING
HUBUNGI KAMI

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.

https://pppjj.usm.my/index.php/ms/

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved.
Developed by PPKT@USM