Admission  @Universiti Sains Malaysia

US6310001 - SARJANA MUDA SAINS KEMASYARAKATAN DENGAN KEPUJIAN

INFO PROGRAM

Program Antropologi dan Sosiologi menekankan tentang kajian sainstifik dalam memahami tingkah laku manusia dalam masyarakat, interaksi sosial, dan budaya kehidupan harian. Program in adalah berkaitan tentang intepretasi aksi sosial melalui pendekatan kuantitatif dan kualitatif.

Perancangan dan Pengurusan Pembangunan (PPP) adalah rancangan kajian bersepadu berdasarkan negara‐negara maju dan membangun serta realiti pembangunan di peringkat tempatan dan global. Ia bertujuan untuk menghasilkan graduan yang dapat memahami teori dan isu pembangunan global / sejagat, terutamanya isu‐isu yang berkaitan dengan negara‐negara membangun. Di samping itu, ia mendedahkan pelajar cara‐cara yang boleh membantu mereka mencari penyelesaian kepada isu ini secara holistik berdasarkan keperluan semasa dan tempatan.

Major ekonomi dirangka dalam menyediakan latar belakang ilmu ekonomi yang sesuai dan mencukupi dengan kemudahan latihan kepada pelajar. Pengkhususan dalam bidang ini turut memperkenalkan prinsip, teori dan model ekonomi lazim bagi tujuan diaplikasikan dalam analisis masalah sosio‐ekonomi yang dihadapi masyarakarat, khususnya di Malaysia. Selain, turut melatih dan membimbing pelajar yang berminat dan berpotensi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang ekonomi dengan menyediakan kursus‐kursus yang relevan dan pelbagai.

Major Sains Politik diperkenalkan sebagai Major dalam program Sains Kemasyarakatan khusus membangunkan tradisi Sains Politik yang berasaskan kepada keadaan dan pengalaman di Malaysia khususnya dan dunia membangun amnya. Tujuan ini dicapai melalui kajian‐kajian terperinci yang bersandarkan kepada beberapa aliran falsafah, pendekatan dan teori politik tertentu, isu, proses dan institusi politik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

TEMPOH PENGAJIAN

4 Tahun / 8 Semester

PROSPEK KERJAYA

Antropologi dan Sosiologi

  • Ahli akademik
  • Penyelidik
  • Wartawan
  • Penulis
  • Guru
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Eksekutif di pemasaran
  • Advokasi di NGO
  • Pegawai Kerajaan

Perancangan dan Pengurusan Pembangunan (PPP)

  • Ahli akademik
  • Penyelidik
  • Wartawan
  • Penulis
  • Guru
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Eksekutif di pemasaran
  • Advokasi di NGO
  • Pegawai Kerajaan

Ekonomi

  • Periklanan dan Pemasaran
  • Penyiaran dan Kewartawanan
  • Konsultansi Bahasa
  • Penulis
  • Penyuntingan dan Penerbitan
  • Pengajaran Bahasa Inggeris
  • Bebas (pengacara, terjemahan, etc.)
  • Multimedia
  • Pengajian Siswazah
  • Perhubungan Awam dan Pemasaran
  • Pelancongan dan Hospitaliti

Sains Politik

  • Ahli akademik
  • Penyelidik
  • Wartawan
  • Penulis
  • Guru
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Eksekutif di pemasaran
  • Advokasi di NGO, Pegawai Kerajaan
HUBUNGI KAMI

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang Malaysia

http://www.soc.usm.my/ 

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved.
Developed by PPKT@USM