Program Sarjana Muda Kerja Sosial adalah program perintis di Malaysia dan dibina sebagai program generik. Program empat tahun ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan negara untuk melatih lebih ramai pekerja sosial profesional yang mampu memberikan perkhidmatan sosial dalam semua jenis perkhidmatan kebajikan serta pembangunan sosial di Malaysia.