Program Bioperubatan Universiti Sains Malaysia memberikan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman dan meneroka bidang yang berkaitan dengan diagnosis makmal, pencegahan penyakit dan penyelidikan bioperubatan. Kurikulum program ini menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, dan memberikan latihan di tempat kerja serta projek penyelidikan /penempatan industri yang bermakna pada tahun akhir pengajian. Program ini direka bentuk untuk menghasilkan graduan yang bertaraf antarabangsa untuk memenuhi keperluan masa hadapan dalam bidang‐bidang yang berkaitan dengan bioperubatan.