US6145003 - SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) DENGAN KEPUJIAN
US6145003 - SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) DENGAN KEPUJIAN
-
INFO PROGRAM
Kursus ini bertujuan untuk:
(i) Menyediakan pendidik yang mampu memimpin, berinovasi, dan berkomitmen dalam menangani keperluan murid‐murid berkeperluan khas selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas Malaysia.
(ii) Melahirkan golongan pendidik profesional yang dapat mendidik murid berkeperluan khas: Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran, Masalah Penglihatan serta murid pintar‐cerdas dan berbakat.
(iii) Melahirkan golongan pendidik yang berpengetahuan luas dan mendalam tentang teori pengajaran dan pembelajaran serta amalan terbaik dalam pendidikan khas.
(iv) Melahirkan golongan pendidik yang dapat merancang, menilai, menerbit, dan menyebarkan ilmu melalui penyelidikan dalam bidang pendidikan khas untuk memenuhi aspirasi masyarakat kebangsaan dan antarabangsa.
(v) Melahirkan golongan pendidik yang mampu menggunakan teknologi dan menggunakan medium tersebut untuk mencari maklumat dan berhubung dengan dengan pihak luar bagi mendalami maklumat baru mengenai Pendidikan Khas.
(vi) Melahirkan golongan pendidik yang berupaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi serta mampu mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan membolehkan pelajar berkeperluan khas mengikuti pembelajaran secara atas talian dan digital dengan beberapa elemen di mana pelajar boleh mengikut mengikuti pembelajaran tersebut mengikut kesesuaian masa, tempat, dan tempoh masa pelajar itu sendiri.
-
SYARAT KEMASUKAN
-
TEMPOH PENGAJIAN
4 Tahun / 8 Semester
-
YURAN
-
PROSPEK KERJAYA
- Guru pendidikan khas
- Pengamal Pendidikan Khas
- Konsultan Pendidikan Khas
- Guru di NGO
- Guru di pusat anak istimewa
- Guru di Permata Kurnia
- Guru tuisyen anak istimewa
-
HUBUNGI KAMI
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia,11800 USM, Pulau Pinang Malaysia