Admission  @Universiti Sains Malaysia

M.Ed (Offshore) - School of Educational Studies *FOR MALAYSIAN ONLY


PENGENALAN

Objektif Program

  • Mengembangkan pemahaman yang terperinci dalam bidang pendidikan yang lebih spesifik seperti Pengajian Kurikulum, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan, Pendidikan Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains serta Teknologi Pendidikan dan Multimedia.
  • Memberi latihan dalam penyelidikan pendidikan, baik dalam suasana universiti mahupun dalam lapangan pekerjaan pelajar. Calon akan diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai kaedah penyelidikan agar dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam keadaan tertentu.
  • Memberi peluang kepada pelajar menggunakan pengalaman mereka bagi menganalisis dan membuat penyelidikan terhadap pelbagai perspektif, amalan dan aliran pemikiran dalam menangani masalah dan isu-isu pendidikan di peringkat nasional dan global.

Maktab Rendah Sains MARA Kuching

  • Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum)
  • Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)

Penawaran Kursus

Calon wajib mendaftar sebanyak 40 unit yang terbahagi kepada dua komponen:

  • Kerja kursus (24 unit)
  • Penyelidikan (16 unit)
KOMPONEN KERJA KURSUS KURSUS/UNIT KOMPONEN PENYELIDIKAN KURSUS/UNIT

Kursus Pengkhususan

(Kursus Teras)

Kursus Pengembangan Ilmu

(Kursus Elektif)

2 kursus

(8 unit)

4 kursus

(16 unit)

Komponen Kemahiran Penyelidikan

(Kursus Teras)

Projek Penyelidikan

2 kursus

(8 unit)

(8 unit)

JUMLAH

6 kursus

(24 unit)

JUMLAH

3 kursus

(16 unit)

Tiga jenis kursus yang ditawarkan:

Kursus Pengkhususan (9-16 unit)

Calon perlu memilih 2 kursus pengkhususan mengikut bidang pengkhususan.

Pengajian Kurikulum

  • Pengekalan Inovasi Kurikulum
  • Pemikiran dan Pemahaman Guru Terhadap Kurikulum dan Pedagogi

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

  • Dinamik Organisasi Pendidikan
  • Pengurusan Tenaga Manusia dalam Organisasi Pendidikan

Kursus Pengembangan Ilmu (16 unit)

Calon perlu mengambil 4 kursus pengembangan ilmu. Kursus ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan pendidikan calon melangkaui bidang pengkhususan mereka.

  • Pendidikan dan Pembangunan
  • Pengajian Keberkesanan Sekolah
  • Pengajian Kurikulum
  • Pengajian Pendidikan Guru

Kursus Kaedah Penyelidikan dan Statistik (8 unit)

Calon perlu mengambil dua kursus wajib bagi membolehkan calon menguasai penyelidikan pendidikan serta kemahiran analisis statistik.

  • Statistik dalam Pendidikan
  • Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

Komponen Penyelidikan (8 unit)

Setiap calon perlu menjalankan projek penyelidikan kecil dalam bidang pengkhususan.

KEPERLUAN KELAYAKAN AKADEMIK

Calon perlu mempunyai:-

  • Ijazah Sarjana Muda (bagi PNGK 2.50 ke atas atau setaraf dengannya); atau
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (bagi PNGK 2.00 - 2.49 atau setaraf dengannya); DAN
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar atau pengalaman berkaitan dengan bidang pendidikan.
KEPERLUAN KELAYAKAN BAHASA
  • Tidak berkaitan
TEMPOH PENGAJIAN
  • Sambilan : 4 Semester / 24 Bulan
YURAN

Rujuk Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

** Fees are subject to change

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved.
Developed by PPKT@USM