M.Ed (Offshore) - School of Educational Studies *FOR MALAYSIAN ONLY
Objektif Program
- Mengembangkan pemahaman yang terperinci dalam bidang pendidikan yang lebih spesifik seperti Pengajian Kurikulum, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan, Pendidikan Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains serta Teknologi Pendidikan dan Multimedia.
- Memberi latihan dalam penyelidikan pendidikan, baik dalam suasana universiti mahupun dalam lapangan pekerjaan pelajar. Calon akan diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai kaedah penyelidikan agar dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam keadaan tertentu.
- Memberi peluang kepada pelajar menggunakan pengalaman mereka bagi menganalisis dan membuat penyelidikan terhadap pelbagai perspektif, amalan dan aliran pemikiran dalam menangani masalah dan isu-isu pendidikan di peringkat nasional dan global.
Maktab Rendah Sains MARA Kuching
- Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum)
- Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
Penawaran Kursus
Calon wajib mendaftar sebanyak 40 unit yang terbahagi kepada dua komponen:
- Kerja kursus (24 unit)
- Penyelidikan (16 unit)
KOMPONEN KERJA KURSUS | KURSUS/UNIT | KOMPONEN PENYELIDIKAN | KURSUS/UNIT |
Kursus Pengkhususan (Kursus Teras) Kursus Pengembangan Ilmu (Kursus Elektif) |
2 kursus (8 unit) 4 kursus (16 unit) |
Komponen Kemahiran Penyelidikan (Kursus Teras) Projek Penyelidikan |
2 kursus (8 unit) (8 unit) |
JUMLAH |
6 kursus (24 unit) |
JUMLAH |
3 kursus (16 unit) |
Tiga jenis kursus yang ditawarkan:
Kursus Pengkhususan (9-16 unit)
Calon perlu memilih 2 kursus pengkhususan mengikut bidang pengkhususan.
Pengajian Kurikulum
- Pengekalan Inovasi Kurikulum
- Pemikiran dan Pemahaman Guru Terhadap Kurikulum dan Pedagogi
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
- Dinamik Organisasi Pendidikan
- Pengurusan Tenaga Manusia dalam Organisasi Pendidikan
Kursus Pengembangan Ilmu (16 unit)
Calon perlu mengambil 4 kursus pengembangan ilmu. Kursus ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan pendidikan calon melangkaui bidang pengkhususan mereka.
- Pendidikan dan Pembangunan
- Pengajian Keberkesanan Sekolah
- Pengajian Kurikulum
- Pengajian Pendidikan Guru
Kursus Kaedah Penyelidikan dan Statistik (8 unit)
Calon perlu mengambil dua kursus wajib bagi membolehkan calon menguasai penyelidikan pendidikan serta kemahiran analisis statistik.
- Statistik dalam Pendidikan
- Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan
Komponen Penyelidikan (8 unit)
Setiap calon perlu menjalankan projek penyelidikan kecil dalam bidang pengkhususan.
Calon perlu mempunyai:-
- Ijazah Sarjana Muda (bagi PNGK 2.50 ke atas atau setaraf dengannya); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (bagi PNGK 2.00 - 2.49 atau setaraf dengannya); DAN
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar atau pengalaman berkaitan dengan bidang pendidikan.
- Tidak berkaitan
- Sambilan : 4 Semester / 24 Bulan
Rujuk Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
** Fees are subject to change