Skip to main content

DISTANCE Learning

i. DISTANCE LEARNING

The School of Distance Education (SDE), Universiti Sains Malaysia (USM), plays a crucial role in enhancing higher education through a flexible and inclusive approach. As a pioneering institution in distance education in Malaysia, PPPJJ provides educational opportunities to individuals who are unable to pursue conventional studies, such as workers from various industries, homemakers, and those with limited resources.

SDE Main Roles:
 
Providing Flexible Education and Broad Accessibility
PPPJJ offers study programmes specifically tailored to meet the needs of adult learners. Its flexible learning methods allow students to balance work commitments, family responsibilities, and education, regardless of their location and background.
 
Empowering Lifelong Learning
PPPJJ is committed in fostering lifelong learning culture. We serve as a platform for individuals to improve their academic qualifications and acquire new skills at any stage of one life. This mission aligns with the national aspiration to create a knowledgeable and competitive society without age boundaries.
 
Leveraging Latest Technology in Education
The use of modern technology, such as e-Learning portals and online lectures and tutorials, create opportunities for students from diverse backgrounds to access higher education. The adoption of interactive learning platforms and innovative multimedia content provides students with a more effective and engaging learning experience.
 
Supporting Sustainable Development Goals (SDG)
PPPJJ also plays a role in advancing the Sustainable Development Goals (SDG) agenda, particularly in ensuring inclusive and quality education (SDG4). The various educational programmes conducted not only benefit students but also contribute to community development by fostering a knowledgeable and skilled society across multiple fields.

Flexible Learning : Study at your own pace while balancing work and family commitments.
Accessible Anywhere : Learn from anywhere with online classes and resources.
Quality Education : Backed by Universiti Sains Malaysia's reputation for academic excellence and accredited by MQA.
Affordable Fees : Competitive fees for a high-quality education.
Supportive Environment : Access to dedicated lecturers and staff, interactive platforms, and learning materials.

INFO :

ii. DUAL DEGREE

The Dual Degree Program is offered by the School of Distance Education (PPPJJ) to full-time Universiti Sains Malaysia (USM) students in their second year and beyond. The degrees awarded are equivalent to the Bachelor's Degrees offered through PPPJJ and the full-time Bachelor's Degrees at other schools within USM.

Program Structure

  • Mathematics / Biology: 122 Units
  • Arts / Social Sciences: 124 Units
  • Management: 136 Units

Duration of Study

  • Minimum: 3 Years
  • Maximum: 8 Years 

Program Advantages

This Dual Degree Program allows students to earn two degrees during their time at the USM campus. This provides students with a competitive edge, enhanced skills, and higher employability compared to those who graduate with just one degree. 

Blended Learning

The Dual Degree Program offers a unique learning experience, combining:

  1. Face-to-Face Learning: Includes lectures, tutorials, and practical sessions during intensive courses.
  2. Online Learning: Supported by video conferences, Webex sessions (web conferencing), and various digital materials uploaded to the e-Learning portal.
  3. Self-Directed Learning: Utilizes e-Lecture recordings/modules produced by lecturers.

This blended approach ensures a flexible and enriching learning experience for students.

JARAK JAUH

i. RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) memainkan peranan penting dalam memperkasakan pendidikan tinggi melalui pendekatan yang fleksibel dan inklusif. Sebagai sebuah institusi perintis dalam pendidikan jarak jauh di Malaysia, PPPJJ menyediakan peluang pendidikan kepada individu yang tidak dapat mengikuti pengajian secara konvensional, seperti golongan pekerja dalam pelbagai industri, suri rumah, dan individu yang kurang kemampuan.

Peranan Utama PPPJJ:

Menyediakan Pendidikan Fleksibel dan Aksesibiliti yang Luas
PPPJJ menawarkan program pengajian yang dapat disesuaikan mengikut keperluan pelajar dewasa. Kaedah pembelajaran yang fleksibel membolehkan pelajar dapat mengimbangi komitmen kerja, urusan keluarga, dan pendidikan mereka dari mana sahaja mereka berada.

Memperkasakan Pendidikan Sepanjang Hayat
PPPJJ komited dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat. PPPJJ menjadi pilihan untuk meningkatkan kelayakan akademik serta menambah kemahiran baharu pada bila-bila masa, tanpa mengira usia. Misi ini seiring dengan hasrat negara untuk membentuk masyarakat berilmu dan berdaya saing tanpa mengira batas usia.

Memanfaatkan Teknologi dalam Pendidikan
Penggunaan teknologi moden, seperti portal e-Pembelajaran dan proses kuliah serta tutorial dalam talian, membuka peluang kepada pelajar dari pelbagai latar belakang untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Penggunaan platform pembelajaran yang interaktif dan kandungan multimedia yang inovatif membolehkan pelajar menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih efektif dan menarik.

Menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)
PPPJJ turut memainkan peranan dalam menyokong agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya dalam memastikan pendidikan yang inklusif dan berkualiti (SDG4). Pelbagai program pendidikan yang dijalankan bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan komuniti dan masyarakat yang berilmu serta berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Pembelajaran Fleksibel : Belajar mengikut keselesaan anda sambil mengimbangi komitmen kerja dan urusan keluarga.
Akses Tanpa Sempadan : Belajar dari mana-mana sahaja secara dalam talian.
Pendidikan Berkualiti : Dikenali dengan kecemerlangan akademik Universiti Sains Malaysia dan diiktiraf oleh MQA.
Yuran Kompetitif : Yuran yang berpatutan untuk pendidikan berkualiti tinggi.
Sokongan Akademik : Mendapat bimbingan daripada pensyarah dan staf yang berpengalaman serta akses kepada platform pembelajaran interaktif.

INFO :

 

ii. DWI IJAZAH

Program Dwi Ijazah ditawarkan oleh Pusat Pengajian Jarak Jauh (PPPJJ) kepada pelajar penuh masa Universiti Sains Malaysia (USM) tahun dua ke atas. Ijazah yang ditawarkan adalah ijazah yang sama tarafnya seperti Ijazah Sarjana Muda PPPJJ dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di pusat-pusat pengajian lain di USM.

Struktur Program

  • Matematik / Biologi : 122 Unit
  • Sastera / Sains Kemasyarakatan : 124 Unit
  • Pengurusan : 136 Unit

Tempoh Pengajian

  • Minimum : 3 Tahun
  • Maksimum : 8 Tahun

Kelebihan Program

Program Dwi Ijazah ini membolehkan pelajar memperoleh dua Ijazah sepanjang berada di kampus USM. Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih berdaya saing, berkebolehan, dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi apabila memasuki alam pekerjaan berbanding pelajar yang hanya mempunyai satu ijazah sahaja.

Pembelajaran Teradun (Blended Learning)

Program Dwi Ijazah menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik dengan mengandungi pembelajaran bersemuka, pembelajaran atas talian, dan pembelajaran kendiri. Pembelajaran bersemuka merangkumi sesi kuliah, tutorial, dan amali semasa kursus intensif manakala pembelajaran atas talian disokong oleh sidang video, sidang Webex (web conferencing) dan pelbagai bahan digital lain yang dimuat naik ke portal e-Pembelajaran. Pembelajaran kendiri pula menggunakan siri rakaman e-Kuliah/modul yang diterbitkan oleh pensyarah.