Program Off Shore bersama Karnataka Lingayat Education (KLE) University di Belgaum, Bangalore, India mula ditawarkan pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2010/2011. Pelajar akan mengikuti pengajian di India selama lima tahun dan dianugerahkan Doktor Perubatan USM setelah menamatkan pengajian.
Lokasi : Belgaum, India
Tempoh : 5 Tahun
Yuran Pengajian : USD 10,000.00 / semester
Kelayakan : STPM / Matrikulasi KPM / Asasi / Diploma / Setaraf - IB, A-Level dan lain-lain
II. Sarjana Muda Sains Ukur Bahan Dengan Kepujian, USM-IMPERIA |
USM bekerjasama dengan International College IMPERIA untuk menawarkan program pesisir Sarjana Muda Sains Ukur Bahan dengan Kepujian. Pengajaran dan pembelajaran akan bertempat di International College IMPERIA, Subang Jaya, Selangor. Pelajar yang berdaftar untuk memasuki program pesisir ini akan menjadi pelajar USM secara rasmi dan dapat menikmati keistimewaan untuk menggunakan kemudahan dalam kedua-dua kampus induk USM dan kampus International College IMPERIA.
Lokasi : Subang Jaya, Selangor
Tempoh : 3.5 Tahun
Yuran Pengajian : RM 9,000.00 / semester
Kelayakan : STPM / Matrikulasi KPM / Asasi / A-Level, IB, Ausmat, SAM dan lain-lain