DIPLOMA Programme
i. DIPLOMA KEJURURAWATAN |
The USM Diploma in Nursing Program is a professional program accredited by the Malaysian Nursing Board. This program emphasizes academic education and clinical training to prepare skilled professional nurses proficient in safe and modern clinical nursing practices and capable of contributing to community health. Offered under the School of Health Sciences at the Health Campus in Kelantan, the program is open to candidates with a Malaysian Certificate of Education (SPM) qualification.
ii. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN RENAL |
The Advanced Diploma in Renal Nursing Program at Universiti Sains Malaysia (USM) is a professional program accredited by the Malaysian Nursing Board (LJM) and the Malaysian Qualifications Agency (MQA/FA11710). This program is designed to enable qualified nurses to enhance their knowledge, experience, and clinical skills in the field of renal nursing.
The program is conducted full-time at the Health Campus, Universiti Sains Malaysia, in Kubang Kerian, Kelantan. Teaching and learning activities include lectures, practical training, clinical placements, e-learning, research projects, and professional visits to relevant institutions. Students will also gain structured exposure to report writing, case studies, reviews, and research outcomes.
Students undergo 24 weeks of practical training at Hospital USM, selected hemodialysis centers within and outside Kelantan, or abroad. Additionally, they will participate in professional visits as outlined in the curriculum.
- Duration: Full-time, 1 year (2 semesters)
PROGRAM DIPLOMA
i. DIPLOMA KEJURURAWATAN |
Program Diploma Kejururawatan USM merupakan program profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia. Program ini berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini ditawarkan di bawah Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, Kelantan ini terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
ii. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN RENAL |
Program Diploma Lanjutan dalam Kejururawatan Renal Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan program profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat alaysia (LJM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA/FA11710). Program ini disediakan untuk membolehkan jururawat yang berkelayakan meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran klinikal mereka dalam bidang kejururawatan renal.
Program ini dijalankan sepenuh masa di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Pengajaran dan pembelajaran program dilaksanakan melalui kuliah, latihan amali , latihan praktikal, e-pembelajaran serta projek penyelidikan dan lawatan profesional di beberapa tempat yang berkaitan dengan pengajian. Pelajar juga akan mendapat pendedahan kaedah menulis laporan, kajian kes, ulasan dan hasil penyelidikan secara berstruktur. Pelajar akan menjalani praktikal selama 24 minggu di Hospital USM, pusat rawatan hemodialisis terpilih di dalam dan luar Kelantan atau luar negara. Pelajar juga akan membuat lawatan profesional seperti yang ditetapkan.
Jangka masa pengajian secara sepenuh masa selama 1 tahun (2 semester).