Program Audiologi Universiti Sains Malaysia merupakan program profesional yang berfokuskan kepada sistem pendengaran dan kecatatan pendengaran. Kursus‐kursus dalam program ini direka bentuk untuk merangkumi aspek pengecaman, penilaian pendengaran dan keupayaan pengimbang, serta rehabiliti terhadap individu dengan masalah pendengaran, komunikasi dan keseimbangan. Program ini menghasilkan graduan yang profesional, beretika dan bertanggungjawab serta berupaya mengaplikasikan prinsip, kaedah dan prosedur penilaian, penaksiran, konsultasi, menjalani rehabiliti serta melakukan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan audiologi.