Program Sinaran Perubatan Universiti Sains Malaysia memberikan pengetahuan teori dan pengalaman latihan praktikal yang membolehkan mereka memahami, berupaya menerangkan dan mengggunakan sinaran jenis mengion dan jenis bukan‐mengion dalam diagnosis dan rawatan pesakit. Kurikulum program ini menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, dan memberikan latihan di tempat kerja di hospital serta projek penyelidikan yang bermakna pada tahun akhir. Program ini menghasilkan bakat terlatih yang bertanggungjawab, beretika tinggi, dan mempu menjalankan penyelidikan untuk membangunkan pengetahuan baharu dan kemajuan kerjaya dalam bidang‐bidang berkaitan dengan sains sinaran perubatan.