Program Pemakanan Universiti Sains Malaysia memberikan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dengan berfokuskan kepada pemakanan manusia dan pemakanan komuniti. Kurikulum program menggunakan pendekatan multidisplin dalam pengajaran dan pembelajaran yang meliputi aspek makanan, keperluan pemakanan dan penilaian pengambilan diet bagi penentuan status pemakanan, pemakanan sihat dan pemakanan sepanjang hayat. Pelajar akan menjalani amali dalam analisis dan penyediaan makanan di makmal, menjalani kerja lapangan untuk menilai status kesihatan dan pemakanan di komuniti, serta melakukan satu projek penyelidikan pada tahun akhir. Program ini menghasilkan bakat terlatih yang bertanggungjawab, beretika, dan mampu melakukan penyelidik