Program Patologi Pertuturan Universiti Sains Malaysia memberikan pengetahuan teori dan kemahiran klinikal dalam penilaian pengecaman, diagnosis, intervensi dan pengurusan kecelaruan komunikasi dan masalah penelanan dalam patologi pertuturan. Kursus‐kursus direka bentuk untuk meliputi pelbagai aspek sains komunikasi dan kecelaruan, perubatan dan sains kesihatan, linguistik, pendidikan dan psikologi. Pelajar akan mengumpul sejumlah jam pengalaman klinikal bermula tahun 2, serta melakukan projek penyelidikan pada tahun akhir. Program ini menghasilkan patologis pertuturan terlatih yang bertanggungjawab, beretika dan berupaya menjalankan perkhidmatan klinikal dan penyelidikan dalam bidang patologi pertuturan yang berkaitan.