Program Sarjana Muda Sains (Pendidikan) dengan Kepujian di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM direka untuk menghasilkan guru sains atau matematik yang profesional, berdedikasi dan inovatif. Guru‐guru keluaran dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mengajar yang baik dan mempunyai sikap positif terhadap sekolah, pendidikan dan masyarakat. Mereka juga mempunyai pengetahuan luas dan komprehensif dalam bidang penyelidikan. Mereka juga boleh mengajar sekurang‐kurangnya dua mata pelajaran sains.