Program ini mempunyai jangka masa selama tiga setengah tahun yang memberi pendedahan kepada isu dan masalah alam sekitar. Program ini direka bentuk untuk membolehkan graduan memberi respons secara langsung kepada pelbagai cabaran alam sekitar di sekeliling mereka. Antara kursus yang diajar dalam program ini termasuklah operasi unit kejuruteraan kimia, rawatan air sisa air dan industri (termasuk reka bentuk loji rawatan), pengurusan sisa pepejal dan terjadual, sistem pengurusan alam sekitar, keselamatan alam sekitar, undang‐undang dan peraturan, serta pencemaran udara dan bunyi. Pelajar juga didedahkan untuk menghargai isu‐isu kompleks yang berkaitan dengan kemampanan sosial, alam sekitar, dan ekonomi.