Admission  @Universiti Sains Malaysia

US6526001 - SARJANA MUDA SAINS UKUR BAHAN DENGAN KEPUJIAN

INFO PROGRAM

Program Ukur Bahan mempunyai akreditasi daripada 3 badan antarabangsa iaitu Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS), Pacific Association of Quantity Surveyors (PAQS) dan Chartered Institute of Building (CIOB) serta badan tempatan iaitu Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. Akreditasi yang diperolehi membolehkan para graduan kita untuk bekerja di Malaysia serta luar negara. Program ini juga mengajar menggunakan Outcome Based Education dan blended learning yang mana pelajar diberi tugasan yang mendedahkan mereka kepada projek sebenar yang boleh meningkatkan kemahiran pelajar. Program ini juga diajar oleh pensyarah‐pensyarah yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman dalam industri serta penyelidikan disamping pensyarah jemputan antarabangsa. Pengambilan pelajar dalam bilangan yang terhad juga membolehkan interaksi yang lebih baik di antara pelajar dan pensyarah. Kursus‐kursus yang diajar dalam program ini merangkumi Pengurusan Kos dan Kewangan, Pengurusan Kontrak dan Undang‐undang, Pengurusan Perolehan dan Penenderan, Proses dan Teknologi Pembinaan, Pengukuran Kuantiti Berkomputer dan Penjanaan Jadual Bahan, BIM dan Pembangunan Hijau dan Lestari. Perhatian khas juga diberikan dalam pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi lisan, pemikiran kritis, kerja berpasukan dan berdikari. Tujuan utama adalah untuk membina graduan yang penuh keyakinan untuk bekerja di dalam dan luar negara.

TEMPOH PENGAJIAN

3 Tahun / 6 Semester

PROSPEK KERJAYA
  • Juru Ukur Bahan dalam firma konsultan, pembinaan dan pembangunan hartanah.            
  • Konsultan Tuntutan Kos Pembinaan
  • Penimbang Tara
HUBUNGI KAMI

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, Universiti Sains Malaysia,11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

http://hbp.usm.my  

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved. |  icon admin