Program ini menawarkan kurikulum yang komprehensif, merangkumi aspek asas dan gunaan tentang sains dan teknologi biorsumber (kayu dan biojisim bukan kayu) dalam penghasilan produk berasaskan bio. Penekanan turut diberikan ke atas teknologi penglitup untuk produk berasaskan biosumber. Pelajar akan mendalami ilmu sains dan teknologi gentian berskala makro ke nano, bioplastik, penghasilan dan ujian pulpa dan kertas, proses pengitaran semula kertas, asas resin dan biokomposit, penghasilan cat dan rekabentuk produk, di samping kemahiran praktikal melalui kelas amali dan program latihan industri. Program ini juga direkabentuk bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, kemahiran hubungan interpersonal dan pemikiran kritikal untuk membantu graduan dalam merealisasi keupayaan intelektual mereka, dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.