Program pengajian seni bina adalah komprehensif dengan mengabungkan pengetahuan teori dan praktikal yang meliputi pelbagai displin. Penekanan terhadap kreativiti dan penghayatan intelek setiap pelajar akan didedahkan kepada ilmu yang merangkumi kesenian, teknologi, struktur, pembinaan, sains, sejarah, budaya, ekonomi serta pengurusan. Penekanan terhadap kursus Reka Bentuk menetapkan sekurang‐kurang 50% dari kurikulum seni bina menyumbang terhadap pembentukan kemahiran mereka bentuk yang koheren dengan kemampuan untuk mengintegrasi pelbagai aspek berkaitan seni bina. Walau bagaimanapun perlaksanaan kemahiran reka bentuk diajar didalam kursus Reka Bentuk atau disepadukan dalam kursus‐kursus teras yang lain. Secara amnya kurikulum seni bina terdiri dari lima komponen kursus teras iaitu Reka Bentuk, Konteks Budaya, Teknologi dan Alam Sekitar, Komunikasi, Praktis Pengurusan dan Undang‐undang. Pengajian adalah berpusat kepada kursus Reka Bentuk dimana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari kursus‐ kursus teras dari tiga kumpulan lain, iaitu Konteks Budaya, Teknologi dan Alam Sekitar dan Komunikasi akan disepadukan di dalam kerja kursus Reka Bentuk.