Program lakonan dan Pengarahan adalah kursus 4 tahun yang memberi pengkhususan kepada apek Lakonan, Pengarahan dan Senografi. Program ini adalah gabungan teori dan praktis yang memberi tumpuan dalam sejarah teater, Teater Asia, teater barat, teater moden dan tradisional. Selain itu, pelajar juga diajar Terapi Seni dan Teater Komuniti sebagai medium untuk penglibatan masyarakat. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelakon, pengarah dan pakar seni berfikir dan kritikal melalui persembahan, penyelidikan, dialog, forum seni dan industri seni kreatif dan penglibatan masyarakat.