Kursus-kursus terjemahan dan interpretasi memberikan maklumat tentang teoriteori terjemahan dan interpretasi serta pelatihan dalam terjemahan dan interpretasi. Pelajar didedahkan kepada kaedah terjemahan/interpretasi; proses penterjemahan dan interpretasi seperti penyuntingan, penterjemahan berbantukan komputer, kejurubahasaan, penyarikataan, lokalisasi dan sebagainya; elemen budaya dalam bahasa; dan etika profesional dalam bidang ini. Objektif Program Objektif program ini adalah untuk melahirkan siswazah yang bukan sahaja memahami teori terjemahan dan interpretasi, malah dapat mengaplikasikan kaedah yang dipelajari dalam tugasan terjemahan dan interpretasi, dapat memahami jenisjenis interpretasi yang berbeza (pandang, berturutan dan serentak), serta mahir dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) dan dapat menterjemah dan menginterpretasi dalam bahasa-bahasa tersebut.
Objektif program ini juga adalah untuk menghasilkan siswazah yang dapat bekerja dalam pelbagai industri dan organisasi di dalam dan di luar negara; siswazah yang dapat menyumbang kepada negara sebagai pengantara dalam aspek bahasa, budaya, politik dan sosial di dalam dan di luar negara, dan juga siswazah yang bersikap profesional dalam mengendalikan tugasan terjemahan dan interpretasi.
3 ½ Tahun / 7 Semester
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.
Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.
Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.
© Copyright 2023 Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved.
Developed by PPKT@USM