Program Sarjana Muda Ekonomi ini bertujuan untuk menambahkan lagi bilangan graduan ekonomi yang berkaliber tinggi, dinamik, berfikiran kritis dan berdaya saing untuk memenuhi keperluan negara. Pada keadaan ekonomi semasa, Malaysia memerlukan graduan ekonomi yang mampu mengaplikasikan teori ekonomi yang dipelajari bagi membentuk dasar yang lebih berkesan untuk pembangunan ekonomi negara. Program Sarjana Muda Ekonomi ini menekankan kepada kaedah kuantitatif dan kuantitatif gunaan yang penting dalam pembentukan dasar ekonomi.