Program Diploma Lanjutan dalam Kejururawatan Renal ini bermatlamat untuk melahirkan jururawat berdaftar yang cekap dan selamat dalam praktis kejururawatan, serta beretika dan profesional bagi memenuhi keperluan negara terhadap tenaga mahir dalam bidang kejururawatan renal. Program dijalankan sepenuh masa di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Pengajaran dan pembelajaran program dilaksanakan melalui kuliah, latiham amali , latihan praktikal, e‐ pembelajaran serta projek penyelidikan dan lawatan profesional di beberapa tempat yang berkaitan dengan pengajian.Pelajar juga akan mendapat pendedahan kaedah menulis laporan, kajian kes, ulasan dan hasil penyelidikan secara berstruktur. Pelajar akan menjalani praktikal selama 24 minggu di Hospital USM, pusat rawatan hemodialisis terpilih di dalam dan luar Kelantan atau luar negara. Pelajar juga akan membuat lawatan profesional seperti yang ditetapkan.