Program ini memberi latihan yang memfokus kepada aplikasi statistik dalam bidang pengurusan, kewangan dan sains. Kemahiran komputer dalam menganalisa data (contoh : data kewangan, industri dan perubatan) dan kemahiran dalam membuat keputusan yang bersesuaian berdasarkan analisis data dan penyelesaian masalah diberi penekanan.