Major Bioteknologi : melibatkan penggunaan praktikal sel atau komponennya dalam industri penghasilan dan perkhidmatan. Bioteknologi adalah multidisiplin, melibatkan integrasi pengetahuan dalam mikrobiologi, biokimia, genetik, biologi molekul, bioinfomatik, kimia dan juga kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses.
Major Agrobiologi: pelajar akan mempelajari pelbagai pendekatan untuk menambah produktiviti serta pertumbuhan yang tinggi pada tanaman. Topik yang akan dipelajari termasuk entomologi asas, penyakit tumbuhan, mekanisma penyakit dan interaksi patogen, strategi pengawalan serangga perosak, teknik pengawalan penyakit tumbuhan, fisiologi tumbuhan dan sains hortikultur.
Major Entomologi dan Parasitologi: Pelajar akan didedahkan kepada struktur dan fungsi, sejarah hidup, ekologi, kelakuan vektor dan parasit dan epidemiologi penyakit serta pengawalan untuk serangga perosak bandar dan industri.
Major Biologi Akuatik: Adalah bidang sains kajihayat yang melibatkan kajian dan penyelidikan berkaitan dengan ekosistem dan biologi air tawar, air payau dan lautan. Oleh kerana 71% permukaan bumi terdiri daripada air, ekosistem akuatik dan persekitaran adalah ekosistem utama di bumi. Oleh itu, biologi akuatik dan biologi alam sekitar adalah sangat berkaitan. Dalam bidang ini, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aspek ekologi asas dan pengurusan ekonomi, eksploitasi dan pemuliharaan sumber‐ sumber seperti ekologi air tawar, akuakultur, biodiversiti marin & pantai dan ekologi, tanah lembap, dan biologi kutub.
Major Biologi Persekitaran: Satu bidang yang semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam zaman peka alam sekitar. Malaysia terkenal dengan kekayaan biodiversiti walaupun dalam jumlah keluasan yang kecil. Pemeliharaan dan pemuliharaan yang berkesan memerlukan pemahaman dan penghargaan yang tinggi terhadap alam sekitar. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aspek asas dan praktikal ekologi berkaitan dengan alam sekitar seperti ekologi air tawar, biodiversiti marin dan pantai dan ekologi, tanah lembap, dan pemuliharaan alam sekitar
4 Tahun / 8 Semester
Major Bioteknologi :
Major Agrobiologi:
Major Entomologi dan Parasitologi:
Major Biologi Akuatik:
Major Biologi Persekitaran:
Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia 11800 Penang. Malaysia.
Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.
Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.
Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.
© Copyright 2023 Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved.
Developed by PPKT@USM