Program KIMIA INDUSTRI memberi penekanan kepada kimia fundamental seperti kimia fizik, organik, takorganik dan analisis. Program ini bertujuan untuk memperbaiki kebolehan amali dan keupayaan analsis. Program ini mengkhusus dalam bidang bahan, unit operasi, kimia industri, isu keselamatan dan pemprosesan kimia. Ia juga menyediakan hubungan bagi laluan kepada bidang lain yang berasaskan sains.