Pertumbuhan pesat dalam industri 4.0 telah menjadikan analisis sebagai strategi penting untuk semua bidang perniagaan. Kemahiran Analitik Perniagaan adalah alat utama yang memberi tumpuan kepada pembuatan keputusan berasaskan bukti. Memandangkan permintaan data perniagaan yang semakin meningkat, permintaan terhadap graduan perniagaan dengankemahiran komputer dan analitik adalah sangat tinggi. Oleh itu, pengkhususan Analitik Perniagaan dibangunkan untuk melatih para pelajar untuk memahami pelbagai persekitaran dan kaedah industri 4.0 untuk menyelesaikan masalah secara analitik.