Program KIMIA menekankan kepada pembangunan asas yang kuat bagi kemahiran teori dan amali serta membangunkan isu yang barkaitan dengan konsep kimia yang lebih maju berbanding dengan kimia kontemporari. Pengalaman menggunakan alatan saintifik serta teknik kimia terkini akan mencetuskan minat pelajar untuk meneruskan bidang penyelidikan yang diminati serta dapat membantu dalam mengaplikasi kimia bagi menyelesaikan masalah.