Program KIMIA ANALISIS memberi penekanan kepada kimia fundamental untuk membangunkan asas kukuh kemahiran teori dan amali serta memenuhi keperluan konsep kimia yang lebih maju serta isu kontemporari dalam kimia analisis. Pengalaman menggunakan alatan saintifik serta teknik kimia terkini akan mencetuskan minat pelajar untuk meneruskan bidang penyelidikan yang diminati serta dapat membantu dalam mengaplikasi kimia bagi menyelesaikan masalah.