Program Sains Senaman dan Sukan Universiti Sains Malaysia merupakan program tiga tahun setengah (7 semester) yang berfokuskan kepada aspek senaman, sukan dan kesihatan. Kurikulum program ini direka bentuk untuk merangkumi bidang utama senaman dan sukan, termasuk aspek fisiologi sukan, psikologi sukan, biomekanik, pemakanan sukan, kejurulatihan dan pengurusan sukan. Program ini melengkapi graduan dengan asas pengetahuan, kemahiran dan pendedahan menyeluruh dalam bidang sains senaman dan sukan serta kesihatan.