Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Sains Malaysia berfokuskan kepada perhubungan kesihatan manusia dengan pekerjaan dan persekitaran. Kurikulum program ini merangkumi aspek kesihatan pekerjaan dan masyarakat, pencemaran, pengurusan persekitaran dan pekerjaan, perundangan, penyukatan dan pemantauan pencemar, keselamatan dan rehabilitasi pekerjaan. Program ini menghasilkan bakat terlatih yang beretika dan bertanggungjawab yang mampu menggunakan prinsip, kaedah dan prosedur dalam penilaian, perundingan dan rehabilitasi dalam bidang yang berkaitan dengan persekitaran, dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.