Pengurusan Projek Binaan melibatkan pengurusan dalam sektor Alam Bina, khususnya dalam mengawasi pembangunan harta tanah dan projek pembinaan. Program ini bertujuan terutamanya untuk membangunkan dan mengasah kemahiran pelajar dari segi teknikal dan insaniah dan pada masa yang sama menyediakan mereka menjadi pengurus projek binaan untuk masa hadapan dan juga sebagai pemimpin pasukan projek.