Kursus dalam Perancangan Bandar dan Wilayah melibatkan pendekatan interdisipliner dengan tujuan untuk menghasilkan perancang bandar wilayah. Pelajar yang mengikuti program ini akan dilatih untuk memahami dan mengaplikasikan teori dan amalan perancangan secara holistik. Program ini direka bentuk untuk membangunkan pelajar sebagai pengamal dalam profesyen perancangan dan alam bina. Pelajar didedahkan kepada isu dan kepentingan serta persaingan dalam perancangan bandar dan wilayah ke arah membina asas bagi pembangunan persekitaran yang mampan, inklusif dan persekitaran komuniti yang boleh didiami.