Admission  @Universiti Sains Malaysia

SALURAN PENGAMBILAN

SALURAN ALTERNATIF

i. USM+1 (FULL PAYING FEES)

Pengambilan pelajar baharu melalui corak kemasukan USM+1 adalah saluran khas kemasukan pelajar bagi memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPU untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan.

Melalui saluran ini, 47 program pengajian dari pelbagai bidang ditawarkan kepada pemohon yang berminat mengikuti pengajian bagi kemasukan semester 1 dan 2 setiap sidang akademik.

Program yang ditawarkan melalui USM+1 ialah program yang dilaksanakan secara full fees atau yuran penuh tanpa subsidi. Pemohon perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan.

BIL
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
INFO
1
AFFIN Education Financing-i
2
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
3
Yayasan Bank Rakyat
4
Maybank
5
OCBC Bank
ii. LUAR NEGARA / ANTARABANGSA

Pengambilan bagi pelajar bukan warganegara Malaysia / penduduk tetap (PR) dari luar negara untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama secara penuh masa. Pelbagai bidang ditawarkan kepada calon luar negara seperti Sains Tulen, Sains Gunaan, Sastera, Kejuruteraan dan Sains Kesihatan.

iii. SALURAN KEDUA

Pengambilan pelajar baru melalui corak kemasukan saluran kedua adalah dikhaskan untuk calon-calon yang sedang bekerja, yang sebelum ini tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, untuk memungkinkan mereka memperolehi kelayakan. Program yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Awam, Teknologi, Pendidikan Khas, PBP (Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Sains Kesihatan, Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan) dan Sarjana Muda Kerja Sosial (Kepujian).

iv. PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT (WARGA SUKAN, WARGA BUDAYA & WARGA EMAS) 

Pengambilan pelajar dibawah program pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian untuk memperolehi Sarjana Muda disamping untuk memantapkan kualiti taraf pendidikan negara dan meningkatkan tahap intelektual di kalangan masyarakat Malaysia. Pelajar yang terpilih di bawah Program Pendidikan Sepanjang Hayat akan diberikan diskaun yuran pengajian 50%.

a.  Warga Sukan
Terbuka kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Pra-U/Setaraf dan mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih bergiat aktif sekurang-kurangnya 3 tahun.

b.  Warga Budaya
Terbuka kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman atau bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan Seni dan diiktiraf di peringkat negara.

c.  Warga Emas
Terbuka kepada warganegara yang berumur sekurang-kurangnya 50 tahun dan ke atas serta mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan.

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved. |  icon admin