Admission  @Universiti Sains Malaysia

SYARAT & SALURAN PENGAMBILAN

JARAK JAUH

i. RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH

Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1971 dan merupakan satu rancangan pengajian yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian Sarjana Muda secara jarak jauh.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah setara dengan kursus yang diikuti oleh pelajar dalam kampus. Bahan pengajaran terdiri daripada bahan bercetak, pita rakaman dan bahan aneka media yang lain.

Jangka masa pengajian ialah selama 4 tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum). Mereka yang berjaya akan dianugerahkan salah satu Sarjana Muda seperti berikut :

  • Sarjana Muda Sains (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)

INFO :

ii. DWI IJAZAH

Program Dwi Ijazah ditawarkan oleh Pusat Pengajian Jarak Jauh (PPPJJ) kepada pelajar penuh masa Universiti Sains Malaysia (USM) tahun dua ke atas. Ijazah yang ditawarkan adalah ijazah yang sama tarafnya seperti Ijazah Sarjana Muda PPPJJ dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di pusat-pusat pengajian lain di USM.

Struktur Program

  • Matematik / Biologi : 122 Unit
  • Sastera / Sains Kemasyarakatan : 124 Unit
  • Pengurusan : 136 Unit

Tempoh Pengajian

  • Minimum : 3 Tahun
  • Maksimum : 8 Tahun

Kelebihan Program

Program Dwi Ijazah ini membolehkan pelajar memperoleh dua Ijazah sepanjang berada di kampus USM. Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih berdaya saing, berkebolehan, dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi apabila memasuki alam pekerjaan berbanding pelajar yang hanya mempunyai satu ijazah sahaja.

Pembelajaran Teradun (Blended Learning)

Program Dwi Ijazah menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik dengan mengandungi pembelajaran bersemuka, pembelajaran atas talian, dan pembelajaran kendiri. Pembelajaran bersemuka merangkumi sesi kuliah, tutorial, dan amali semasa kursus intensif manakala pembelajaran atas talian disokong oleh sidang video, sidang Webex (web conferencing) dan pelbagai bahan digital lain yang dimuat naik ke portal e-Pembelajaran. Pembelajaran kendiri pula menggunakan siri rakaman e-Kuliah/modul yang diterbitkan oleh pensyarah.

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved. |  icon admin