Admission  @Universiti Sains Malaysia

SYARAT & SALURAN PENGAMBILAN

PROGRAM DIPLOMA

i. DIPLOMA KEJURURAWATAN

Program Diploma Kejururawatan USM merupakan satu program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

ii. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN RENAL

Program Diploma Lanjutan dalam Kejururawatan Renal ini bermatlamat untuk melahirkan jururawat berdaftar yang cekap dan selamat dalam praktis kejururawatan, serta beretika dan profesional bagi memenuhi keperluan negara terhadap tenaga mahir dalam bidang kejururawatan renal.

Program dijalankan sepenuh masa di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Pengajaran dan pembelajaran program dilaksanakan melalui kuliah, latihan amali , latihan praktikal, e-pembelajaran serta projek penyelidikan dan lawatan profesional di beberapa tempat yang berkaitan dengan pengajian.Pelajar juga akan mendapat pendedahan kaedah menulis laporan, kajian kes, ulasan dan hasil penyelidikan secara berstruktur. Pelajar akan menjalani praktikal selama 24 minggu di Hospital USM, pusat rawatan hemodialisis terpilih di dalam dan luar Kelantan atau luar negara. Pelajar juga akan membuat lawatan profesional seperti yang ditetapkan.

Jangka masa pengajian secara sepenuh masa selama 1 tahun (2 semester).

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved. |  icon admin