Admission  @Universiti Sains Malaysia

US6723001 - SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN

US6723001 - SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN

  • INFO PROGRAM

    Program Kejururawatan Universiti Sains Malaysia memberikan pengetahuan teori dan latihan klinikal dalam aspek sains kejururawatan, sains tingkahlaku, sains biologi dan pengalaman penyelidikan dalam bidang kejururawatan. Kurikulum program ini menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, selain pendedahan kepada seting klinikal di hospital Universiti Sains Malaysia dan klinik di Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut piawaian akademik yang ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia. Program ini menghasilkan graduan yang bakal menjadi pengamal yang selamat, bertanggungjawab, beretika dan berupaya menjalankan penyelidikan untuk membangunkan pengetahuan baharu dan perkembangan profesion kejururawatan.

  • SYARAT KEMASUKAN

  • TEMPOH PENGAJIAN

    4 Tahun / 8 Semester

  • YURAN

  • PROSPEK KERJAYA

    • Jururawat
    • Pegawai sains/pegawai penyelid
    • Pentadbir kejururawatan atau kaunselor
  • HUBUNGI KAMI

    Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia.

    https://health.usm.my/

US6726003 - SARJANA MUDA PATOLOGI PERTUTURAN DENGAN KEPUJIAN

US6726003 - SARJANA MUDA PATOLOGI PERTUTURAN DENGAN KEPUJIAN

  • INFO PROGRAM

    Program Patologi Pertuturan Universiti Sains Malaysia memberikan pengetahuan teori dan kemahiran klinikal dalam penilaian pengecaman, diagnosis, intervensi dan pengurusan kecelaruan komunikasi dan masalah penelanan dalam patologi pertuturan. Kursus‐kursus direka bentuk untuk meliputi pelbagai aspek sains komunikasi dan kecelaruan, perubatan dan sains kesihatan, linguistik, pendidikan dan psikologi. Pelajar akan mengumpul sejumlah jam pengalaman klinikal bermula tahun 2, serta melakukan projek penyelidikan pada tahun akhir. Program ini menghasilkan patologis pertuturan terlatih yang bertanggungjawab, beretika dan berupaya menjalankan perkhidmatan klinikal dan penyelidikan dalam bidang patologi pertuturan yang berkaitan.

  • SYARAT KEMASUKAN

  • TEMPOH PENGAJIAN

    4 Tahun / 8 Semester

  • YURAN

  • PROSPEK KERJAYA

    • Patologis pertuturan
    • Penasihat patologi pertuturan
    • Pegawai teknikal berkaitan dengan patologi pertuturan
    • Pegawai pemasaran dan penasihat teknikal bagi produk dan instrumentasi berkaitan dengan patologi pertuturan
  • HUBUNGI KAMI

    Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia.

    https://health.usm.my/

Postgraduate

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.

Tel : +604 653 2606
Fax : +604 653 2940
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Undergraduate

Student Admission Unit
Academic Management Division
Registry, Level 2, Chancellory Building
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Tel : 1 300 888 876 / +604-6533196
Fax : +604 653 3328
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.

© Copyright 2023  Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved.
Developed by PPKT@USM